Jumaat, 8 April 2022

SATU PERJALANAN : ROHANI UMRAH

 Draf…..

ROHANI UMRAH

Muqqadimah

BismillahhirRahmannirRahim

Setelah sekian lama tidak menulis, saya terpanggil untuk kembali menulis dan berkongsi pengalaman. Membiarkan lama kalam terdiam membuat akal fikir saya semakin tepu. Alhamduliilah, saya berasa kembali bersemangat untuk menulis sekembali saya dari umrah lewat 01hb April, 2022 bersamaan 29 syaaban, 1443H. Cuma saya tidak pasti apakah kesudahan buku ini? Menjadi buku fizikal seperti buku-buku saya yang lain atau sekadar buku online dalam format pdf kerana penerbit buku saya yang dulu (Edaran Pro-Aktif Sdn Bhd) sudah tidak lagi berniaga sebagai penerbit. Saya ada ramai lagi kenalan dari syarikat-syarikat yang terbabit dalam bidang penerbitan ini seperti Karangkraf, PTS Publications dan Masa Enterprise (tempat kerja lama saya).

Sejujurnya saya lebih senang menulis apa-apa yang di dalam pengetahuan dan pengalaman saya. Bagaimanapun saya menerima pandangan dan pengalaman orang lain kerana bagi saya itulah cara saya belajar. Justeru saya mengalu-alukan pandangan, pendapat, pengalaman dari sahabat-sahabat jemaah yang turut bersama saya khususnya ustaz Zairi dan ustaz Muamil. Juga dari ustaz Rizal (atau saya senang memanggilnya tuan haji Rizal). Tidak mungkin saya mampu menuliskan kesemua nama-nama jemaah yang turut bersama saya sepanjang perjalanan umrah tersebut kerana ada antaranya saya tidak kenal pada namanya tetapi insya Allah, jika terjumpa di mana-mana, wajah kalian masih dalam ingatan!

Buku ini cuba mengupas penjalanan rohani seseorang ke Madinah, Mekah seterusnya Jeddah. Jika nanti kedapatan alur cerita yang di luar logika atau ilmu syarak ataupun usuludin, kita boleh berbincang dan bertukar pendapat, pandangan dan pengalaman. Lazimnya pertemuan antara cabang logik dengan syarak dan usuludin akan ada sedikit sebanyak khilaf dan polimik dengan tasawuf. Sama seperti 4 mahzab Hanafi, Syafie, Maliki dan Hanbali. Selagi kita berpegang kepada Al Quran dan Al Hadis, insya Allah, Allah permudahkan segala urusan.

Dan saya seperti kebiasaannya, apabila menulis, akan menggantikan kata ‘saya’ kepada ‘kami’


Tajuk kecil

Erti rohani umrah